BENJAMIN NETANYAHU
AFP

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata kumpulan Islamic Jihad di Gaza harus menghentikan serangan roket atau mereka akan menerima lebih banyak serangan ketika ketegangan meningkat pada hari kedua.

“Mereka hanya ada satu pilihan iaitu menghentikan serangan ini atau terima lebih banyak serangan balas. Itu pilihan mereka,” kata Netanyahu pada mesyuarat kabinet sambil menjelaskan Israel tidak mahu terus mencetuskan ketegangan.

Dia mengulangi amarannya bahawa ia akan memakan masa dan Israel akan bertindak balas ‘tanpa belas kasihan’.

Sementara itu, penduduk Palestin yang terkorban dalam serangan terbabit kini dilaporkan meningkat kepada 22 orang, kata kementerian kesihatan.

Pejuang Palestin di Gaza dan tentera Israel saling berbalas serangan semalam selepas rejim Zionis membunuh seorang komander kumpulan Islamic Jihad.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 November 2019 @ 9:19 PM