LETUPAN yang dipercayai serangan bom berani mati berlaku di luar ibu pejabat polis Medan, Sumatera pagi ini. FOTO AFP
Reuters

JAKARTA: Satu letupan yang dipercayai serangan bom berani mati berlaku di luar ibu pejabat polis Medan, Sumatera pagi ini.

Jurucakap polis Sumatera Utara, Tatan Dirsan Atmaja berkata suspek pengebom maut dalam kejadian jam 8.40 pagi itu.

Menurut Tatan, beberapa anggota polis cedera dalam serangan terbabit.

Stesen televisyen Indonesia menyiarkan video orang ramai bertempiaran keluar dari bangunan berhampiran ibu pejabat polis.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 November 2019 @ 11:37 AM