KUMPULAN itu turut menemui 209 kem disyaki adalah penjara dan 74 kem tahanan buruh. FOTO Agensi
AFP

ARLINGTON: Aktivis mendakwa mengesan hampir 500 kem penahanan yang dibina untuk etnik Uighur di China.

Pergerakan Kebangkitan Kebangsaan Turkistan Timur yang berpangkalan di Washington turut mendakwa jumlah Uighur ditahan pihak berkuasa mungkin melebihi jumlah satu juta orang yang direkodkan sebelum ini.

Kumpulan aktivis itu mendedahkan koordinat lokasi sebanyak 182 disyaki kem penahanan yang dipercayai bagi menekan etnik Uighur meninggalkan budaya mereka.

Berdasarkan imej Google Earth, kumpulan itu turut menemui 209 kem disyaki adalah penjara dan 74 kem tahanan buruh.

Penganalisis yang pernah bekerja dengan agensi perisikan Amerika Syarikat, Anders Corr berkata kira-kira 40 peratus daripada lokasi itu tidak pernah dilaporkan sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 November 2019 @ 11:34 AM