IAN FLEMING
AFP

LONDON: Surat berbaur seksual antara pencipta James Bond, Ian Fleming dan isterinya, Ann Geraldine Mary Fleming ditempatkan dalam lelongan hari ini, sebagai sebahagian daripada koleksi yang turut mencatatkan kejayaan buku 007.

Pasangan itu kali pertama bertemu pada 1934, ketika Ann masih bersama suami pertamanya. Hanya pada 1952, Fleming mengahwini Ann yang juga tahun sama menulis ‘Casino Royale iaitu novel pertamanya berkisar pengintip fiksyen.

Surat-surat pasangan itu mendedahkan hubungan erat mereka, terutama sebelum berkahwin.

ANTARA surat-surat yang akan dilelong. FOTO AGENSI


Koleksi berkenaan mengandungi lebih 160 surat yang ditulis oleh kedua-duanya, dianggarkan bernilai antara £200,000 paun (RM1 juta) ke £300,000 paun (RM1.6 juta) menjelang jualan pada 3 hingga 10 Disember depan.

Pakar buku dan manuskrip dari rumah lelongan Sotheby, Gabriel Heaton, berkata surat menyurat itu adalah ‘rekod yang tidak dapat ditandingi’ mengenai kehidupan dan kerjaya Fleming.

“James Bond adalah produk daripada hubungan Ian dan Ann,” kata Heaton.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 November 2019 @ 10:00 PM