STEF BLOK
Reuters

AMSTERDAM: Belanda dalam satu kenyataan hari ini, berkata negara itu akan merayu terhadap keputusan mahkamah memerintahkannya untuk membawa pulang puluhan kanak-kanak yang ibunya menyertai Daish (IS) di Syria.

Mahkamah di The Hague berkata, kerajaan itu harus bantu untuk menghantar pulang 56 kanak-kanak yang tinggal dalam keadaan miskin dan sukar di sebuah kem di Syria.

“Keputusan itu menimbulkan persoalan mengenai beberapa isu yang mungkin tidak cukup dipertimbangkan, termasuk hal ehwal antarabangsa,” kata Menteri Keadilan, Ferd Grapperhaus dan Menteri Luar Negeri, Stef Blok dalam sepucuk surat kepada Parlimen.

Seorang peguam yang mewakili 23 wanita berkeluarga memberitahu mahkamah bahawa keluarga berkenaan hidup dalam keadaan menyedihkan di kem Al-Hol di Syria Utara.

Mahkamah memerintahkan kerajaan Belanda bertindak segera untuk membawa semua kanak-kanak itu berumur bawah 12 tahun ke Belanda, sambil menambah kerajaan tidak perlu menghantar pulang si ibu.

Kira-kira 55 militan Daish mengembara dari Belanda manakala 90 kanak-kanak bersama ibu bapa warga Belanda atau ibu bapa yang sudah tinggal lama di Belanda, kini berada di Syria Utara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 November 2019 @ 9:53 PM