KURANG satu peratus populasi manusia dilahirkan dengan satu ginjal tambahan. FOTO: Agensi
Agensi

BEIJING: Seorang wanita yang disangka mempunyai masalah kesihatan kerana sering sakit pinggang dan kerap membuang air kecil terkejut apabila dimaklumkan dia sebenarnya dilahirkan dengan ginjal tambahan.

Wanita dari Xinyu, Jiangxi itu mendapat nasihat doktor selepas terlalu kerap sakit pinggang dan membuang air kecil, malah turut sukar tidur.

“Saya hanya dapat tidur lima atau enam jam setiap malam,” katanya kepada Pear Video.

Hasil pemeriksaan mendapati dia sebenarnya dilahirkan dengan satu ginjal tambahan dengan keadaan itu digelar buah pinggang dupleks yang berlaku dalam kurang satu peratus populasi manusia, lapor Shanghaiist.

Apabila dimaklumkan dia mempunyai satu organ ekstra, wanita itu dilaporkan ketawa dan berkata: “Saya boleh menderma satu kepada sesiapa yang memerlukannya.”

Global Times melaporkan, wanita itu sudah sembuh sepenuhnya selepas menjalani pembedahan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 November 2019 @ 8:29 PM