KAWASAN yang dilanda gempa bumi cetek. FOTO EPA
AFP

TEHRAN: Gempa bumi cetek berukuran 5.9 magnitud menggegarkan barat laut Iran awal pagi ini.

 

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berlaku kira-kira jam 2.30 pagi waktu tempatan.

 

Gempa bumi itu tercetus sekitar 60 kilometer dari bandar Hastrud di timur Azerbaijan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 November 2019 @ 10:07 AM