KEBANYAKAN pelajar menentang larangan memakai topeng yang dikuatkuasa kerajaan bulan lalu sebagai usaha mengekang rusuhan yang menggegarkan kota itu selama lebih lima bulan. FOTO AFP
Reuters

HONG KONG: Kira-kira 1,000 pelajar sebahagian besar memakai topeng hitam, menghadiri majlis graduasi di Universiti Cina di sini, hari ini, malah ada yang memegang sepanduk mendesak ‘Free Hong Kong, Revolution Now.’

Kebanyakan pelajar menentang larangan memakai topeng yang dikuatkuasa kerajaan bulan lalu sebagai usaha mengekang rusuhan yang menggegarkan kota itu selama lebih lima bulan.

Berpakaian gaun rasmi graduasi, kebanyakan mereka menyanyi dan bergembira ketika berjalan dari stesen metro ke lokasi majlis, menyeru agar kerajaan bertindak balas terhadap tuntutan penunjuk perasaan.

“Yang paling penting, kita semua mengingati kesemua lima tuntutan berkenaan walaupun kita lakukan sehabis daya, kita tidak sepatutnya berputus asa,” kata Kelvin, 22, graduan kejuruteraan maklumat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 November 2019 @ 1:54 PM