RAJA Maha Vajiralongkorn bersama Ratu Queen Suthida. FOTO: Reuters
Reuters

BANGKOK: Raja Maha Vajiralongkorn memecat enam pegawai istana kerana ‘perlakuan amat jahat’ hanya beberapa hari selepas melucutkan pangkat diraja dan ketenteraan peneman rasminya.

Enam pegawai itu termasuk seorang wanita, pegawai polis kanan dan dua pengawal diraja. Semuanya bertugas di istana.

Dua pengumuman berasingan diterbitkan dalam warta rasmi diraja itu menuduh enam pegawai terbabit atas salah laku disiplin teruk yang menggugat perkhidmatan di istana.

Semuanya dipecat dan dilucutkan jawatan rasmi mereka.

Kenyataan berkenaan tidak mengaitkan pemecatan mereka dengan pelucutan pangkat diraja dan ketenteraan bekas peneman diraja, Sineenat Wongvajirapakdi.

Kenyataan istana Isnin lalu menuduh Sineenat ‘tidak setia’ dan bermusuhan dengan Ratu Queen Suthida Bajrasudhabimalalakshana, yang mengahwini Raja Vajiralongkorn pada Mei lalu, hanya beberapa hari sebelum pertabalannya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Oktober 2019 @ 7:55 PM