SEORANG lelaki bersenjata mencuri sebuah ambulans dan melanggar pejalan kaki di sini, termasuk seorang bayi.
AFP

OSLO: Polis Norway menahan seorang lelaki bersenjata yang mencuri sebuah ambulans dan melanggar pejalan kaki di sini, termasuk seorang bayi, namun motifnya tidak diketahui langsung.

Menurut polis Oslo, suspek kedua dicari membabitkan seorang wanita yang digambarkan berkulit sawo matang, memakai jaket hitam dengan ketinggian 1.65 sentimeter dan kelihatan seperti dipengaruh untuk terbabit dalam kejadian itu.

“Kami sudah mengambil alih ambulans yang dicuri seorang lelaki bersenjata.

“Tembakan dilepaskan untuk menahan suspek tetapi dia tidak mengalami cedera parah.

“Seorang wanita bersama bayi kembar berusia tujuh bulan di dalam kereta sorong bayi dan pasangan warga emas, dilanggar atau tercedera ketika melarikan diri dari kenderaan curi,” kata polis menerusi Twitter.

Agensi berita NTB melaporkan, salah seorang kembar itu mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital manakala status yang lain tidak diketahui.

Menurut TV2, lelaki yang ditahan itu berusia 30-an. Motif suspek tidak diketahui langsung, kata polis.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Oktober 2019 @ 9:55 PM