PESAWAT kecil itu terhempas di atas jalan di bandar Belo Horizonte, Minas Gerais. GAMBAR hiasan.
Reuters

SAO PAULO: Sekurang-kurangnya tiga maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di atas jalan di bandar Belo Horizonte, Minas Gerais, hari ini, kata anggota bomba kepada media tempatan.

Akhbar Estado de Minas yang memetik pihak berkuasa melaporkan, kemalangan berkenaan berlaku sejurus selepas ia berlepas dari lapangan terbang Carlos Prates.

Pesawat enjin tunggal itu merempuh tiga kereta menyebabkannya terbakar di kawasan kediaman bandar.

Estado de Minas berkata, terdapat empat orang di dalam pesawat itu termasuk juruterbang dan tiga penumpang.

Menurut laman berita G1, pesawat Cirrus Aircraft dihasilkan pada 2007.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Oktober 2019 @ 10:40 PM