SINEENAT yang juga bekas juruterbang jet pejuang dilantik sebagai peneman rasmi diraja pada Julai lalu.
Reuters

BANGKOK: Raja Thailand, Maha Vajiralongkon melucutkan pangkat diraja dan ketenteraan peneman rasminya, kata kenyataan istana, lewat hari ini.

Menurut kenyataan itu, Sineenat Wongvajirapakdi, 34, melanggar tatacara kelakuan sebagai peneman rasmi diraja dan tidak setia kepada Raja.

Pengumuman itu dibuat, hanya beberapa bulan selepas Sineenat yang juga bekas juruterbang jet pejuang dilantik sebagai peneman rasmi diraja pada Julai lalu.


RAJA Thailand, Maha Vajiralongkon bersama Sineenat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Oktober 2019 @ 10:11 PM