PANGSAPURI yang dipercayai menjadi lokasi kejadian. FOTO Agensi
Agensi

NEW YORK: Dua wanita durjana membantu memegang seorang wanita untuk dirogol tiga lelaki yang sebelum itu membelasah mangsa dalam sebuah apartmen di Bronx, New York.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam, Jumaat lalu, mangsa berusia 36 tahun berjalan bersendirian sebelum diserang dan diheret oleh empat lelaki dan dua wanita ke apartmen berkenaan.

Menurut Daily Mail yang memetik WABC, mangsa diheret ke apartmen berkenaan dan dibelasah sehingga berlumuran darah dan diancam dengan pisau supaya membuka pakaian sebelum dirogol bergilir-gilir tiga lelaki.

Dua wanita terbabit membantu memegang mangsa ketika dia diperkosa serta dipaksa melakukan perbuatan seksual lain dalam apartmen milik dua wanita terbabit.

New York Post yang melaporkan, mangsa berjaya melepaskan diri selepas bergelut.

New York Daily News yang memetik laporan polis melaporkan, tiga suspek, Bakary Traore, 24, John Cuevas, 19, dan Alec Cepero, 24 serta dua wanita Keyna Cuevas, 24, dan Nicole Puga, 21, ditahan berhubung kejadian itu.

Kelima-lima supsek itu didakwa di mahkamah kelmarin, atas kesalahan melakukan serangan seksual, merompak, bersubahat dan menyerang.

Polis sedang memburu seorang lagi lelaki yang masih bebas.

Laporan itu bagaimanapun, tidak menyatakan motif serangan serta hubungan kelima-lima suspek atau kaitan mereka dengan mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Oktober 2019 @ 11:09 AM