KEADAAN banjir di timur laut Ghana. FOTO/AGENSI
AFP

ACCRA: Sekurang-kurangnya 28 maut manakala ratusan lagi hilang tempat tinggal akibat banjir susulan hujan lebat selama lapan hari di timur laut Ghana, kata pihak berkuasa hari ini.

“Ketika ini angka maut berjumlah 28 orang. Kira-kira 640 orang di enam perkampungan hilang tempat tinggal dan kami memberi mereka perlindungan.

“Sebanyak 286 rumah musnah dalam bencana ini dan menjadikan kehidupan lebih sukar buat penduduk,” kata jurucakap Pertubuhan Pengurusan Bencana Nasional, George Ayisi.

Barangan bantuan dibawa sejauh 800 kilometer menerusi jalan raya dari ibu kota ini ke rantau terjejas di sempadan dengan Burkina Faso ketika pakar kaji cuaca memberi amaran, hujan mungkin berterusan sehingga November.

Setakat ini, 46 orang terbunuh akibat banjir di negara Afrika Barat itu, kata agensi bantuan bencana.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Oktober 2019 @ 10:23 PM