MANGSA termuda maut ialah remaja berusia 13 tahun. GAMBAR hiasan
Agensi

WASHINGTON: Remaja berusia 13 tahun antara 33 mangsa rokok elektronik yang meninggal dunia akibat penyakit misteri di Amerika Syarikat.

Sehingga kini, penyiasat kesihatan masih kurang pasti punca penyakit paru-paru yang berkaitan dengan produk rokok elektronik, EVALI.

Penyakit itu didapati menyerang pengguna rokok elektronik muda dengan hampir 80 peratus daripadanya di bawah usia 35 tahun.

Mangsa termuda dan terbaru ialah remaja berusia 13 tahun yang maut akibat penyakit itu.

Pesakit EVALI paling tua berusia 75 tahun dan dua mangsa yang meninggal dunia di Minnesota berusia lebih 50 tahun.

Pihak berkuasa kini menumpu penyelidikan terhadap produk rokok elektronik yang mengandungi dadah jenis ganja Tetra hydrocannibol (THC) berikutan sebahagian besar daripadanya haram.

Pun begitu, pegawai kesihatan pada sidang media hari ini tidak menolak kemungkinan rokok elektronik yang mengandungi nikotin boleh menyebabkan penyakit.

Lapor Daily Mail, segelintir pesakit kembali semula ke hospital kerana masalah respiratori, demam dan selesema.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Oktober 2019 @ 4:21 PM