VALERIE dan Elys.
Agensi

LOS ANGELES: Isteri Ron Elys yang membawakan watak Tarzan pada 1966, maut ditikam anak lelaki mereka di rumah keluarga itu di Hope Ranch, Santa Barbara sebelum lelaki itu mati ditembak polis, kelmarin.

Menurut kenyataan Pejabat Sheriff Daerah Santa Barbara, polis yang tiba di rumah berkenaan selepas menerima aduan mengenai pergaduhan keluarga, menemui Valerie Lundeen Ely, 62, sudah mati dengan beberapa kesan tikaman.

AFP melaporkan, polis mengenal pasti suspek ialah anak lelaki Elys, Cameron Ely, 30, dan menembaknya mati kerana mengancam keselamatan anggota.


ELYS ketika melakonkan watak Tarzan.

“Ketika memeriksa rumah dan kawasan sekitar bagi mencari Cameron, lelaki itu ditemui di luar rumah.

Dia mengancam keselamatan dan empat polis bertindak balas melepaskan tembakan yang membunuhnya,” kata kenyataan itu.

Daily Mail melaporkan, Valerie, bekas ratu cantik Miss Florida dan Elys, 81, yang popular melalui watak Tarzan siri televisyen pada 1960-an, berkahwin selama 35 tahun, dikurniakan dua anak perempuan iaitu Kirsten dan Kaitland serta Cameron.

Cameron dilapor menghubungi polis selepas menikam ibunya namun menyalahkan bapanya yang sudah tidak berdaya.

Menurut CNN, jurucakap Pejabat Syerif Santa Barbara berkata, Elys juga menghubungi polis memberitahu saudara terdekat terbabit dalam kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Oktober 2019 @ 7:16 AM