ANGGOTA penyelamat membawa mayat yang karam. FOTO/REUTERS
Reuters

LAMPEDUSA: Itali sudah mengeluarkan mayat seorang kanak-kanak dan enam mangsa bot karam dari Laut Mediterranean semalam.

Bot membawa lebih 50 pendatang asing itu tenggelam di luar persisiran pantai pulau Lampedusa pada 7 Oktober lalu.

Beberapa pengawal pantai berpakaian sut putih dan memakai topeng muka dilihat mengusung keluar mayat dalam beg hitam dari pelabuhan pulau itu.

Pada hari kejadian, pihak berkuasa menemui mayat 13 wanita manakala seramai 13 penumpang terselamat.

Bot itu dikatakan memulakan perjalanannya dari Libya sebelum berhenti di Tunisia.

Sebahagian besar pendatang asing berasal dari Tunisia atau subsahara Afrika dan semua penumpang didapati tidak memakai jaket keselamatan.

Susulan itu, pendakwa raya di bandar Agrigento membuka siasatan dengan tuduhan terhadap beberapa individu yang maklumat mereka tidak didedahkan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Oktober 2019 @ 12:13 AM