JABATAN Meteorologi meramalkan suhu akan menjadi lebih sejuk pada tahun ini terutama ketika akhir Disember nanti. GAMBAR hiasan
Agensi

BANGKOK: Cuaca sejuk yang mula dialami di Thailand menarik kehadiran ramai pelancong ke Doi Inthanon di wilayah Chiang Mai pagi tadi apabila suhu di kawasan itu turun serendah 11 darjah Celcius lapor Thai News Agency (TNA).

Musim sejuk adalah waktu puncak bagi pelancongan domestik di kawasan pergunungan yang terletak di bahagian utara negara terbabit.

Puncak pemandangan paling tinggi di Doi Inthanon, Kiew Mae Pan yang diselaputi kabus tebal menjadi tumpuan utama pelancong terbabit.

Jabatan Meteorologi meramalkan suhu akan menjadi lebih sejuk pada tahun ini terutama ketika akhir Disember nanti.

Menurut jabatan itu, penurunan suhu berikutan corak cuaca di China yang membawa angin lebih kuat lalu menyebabkan suhu menurun antara 1 dan 3 darjah Celcius di beberapa wilayah di bahagian utara.

Ia turut meramalkan hujan lebat di bahagian Selatan dan ribut petir di beberapa bahagian di Bangkok dan wilayah sekitarnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Oktober 2019 @ 5:03 PM