MANGSA membabitkan warga Asia dan Arab. FOTO hiasan
AFP

RIYADH: Seramai 35 jemaah umrah maut manakala empat lagi cedera selepas bas sewa khas dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan berat di Madinah, lapor media Arab Saudi hari ini.

Saudi Press Agency yang memetik jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku petang semalam di sebuah bandar yang terletak di sebelah barat.

AFP yang memetik media tempatan melaporkan, mangsa membabitkan warga Asia dan Arab Saudi yang melakukan perjalanan dari Madinah ke Makkah dan beberapa gambar turut menunjukkan keadaan bas yang terbakar.

Mangsa yang cedera sudah dipindahkan ke Hospital Al-Hamna untuk rawatan dan pihak berkuasa kini melakukan siasatan terhadap punca kemalangan itu.

Manakala akhbar Okaz pula melaporkan, mangsa terdiri daripada ekspatriat yang tinggal di negara itu dan mengerjakan umrah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Oktober 2019 @ 4:18 PM