KEADAAN pasar yang musnah akibat gempa bumi di Filipina.
Reuters

MANILA: Angka kematian akibat gempa bumi magnitud 6.4 yang melanda selatan Filipina semalam meningkat kepada tiga orang manakala berpuluh lagi cedera, kata pihak berkuasa hari ini.

Reuters melaporkan, kejadian itu menyebabkan bekalan elektrik dan perkhidmatan telekomunikasi terputus selain beberapa bangunan retak di tengah Mindanao.

Menurut jurucakap agensi bencana, Mark Timbal, dua orang maut dan 18 cedera dalam tanah runtuh di bandar Magsaysay di wilayah Davao del Sur.

Manakala Datuk Bandar Tulunan wilayah Utara Cotabato, Reuel Limbungan pula mengesahkan seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut akibat ditimpa dinding rumahnya.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata gempa berlaku di kawasan 69 kilometer di barat laut bandar General Santos, Mindanao pada jam 7.37 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Oktober 2019 @ 11:29 AM