ANGGOTA penyelamat masih meneruskan pencarian mangsa pada hari ketiga hari ini. FOTO EPA
AFP

TOKYO: Hampir 70 orang disahkan maut akibat Taufan Hagibis yang melanda Jepun dan anggota penyelamat masih meneruskan pencarian mangsa pada hari ketiga hari ini, lapor stesen televisyen NHK.

AFP yang memetik stesen televisyen itu melaporkan, seramai 15 orang dilaporkan masih hilang selepas taufan itu membadai Tokyo dan beberapa kawasan sekitar.

Taufan Hagibis adalah salah satu daripada taufan paling ganas yang melanda kawasan itu dalam tempoh beberapa dekad lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Oktober 2019 @ 11:27 AM