TURKI melancarkan serangan darat ke wilayah Syria.
AFP

AKÇAKALE (TURKI) : Dua orang termasuk bayi maut manakala 46 lagi cedera selepas Turki melancarkan serangan darat ke wilayah Syria di bandar sempadan hari ini, kata jurucakap pejabat gabenor tempatan.

Menurut jurucakap itu, kematian pertama dalam serangan terbabit membabitkan bayi lelaki berusia sembilan bulan, Mohammad Omar dan Cihan Gunes iaitu seorang kakitangan awam pejabat percukaian di Akçakale,” katanya.

Wartawan AFP di lokasi kejadian melihat berlakunya beberapa letupan selain tiga orang awam cedera termasuk salah seorangnya parah selepas tembakan meriam terkena sebuah bangunan kerajaan.

Serangan turut dilaporkan berlaku di Ceylanpinar.

Tentera Turki yang disokong kumpulan pemberontak Syria mula melancarkan serangan itu dalam sebahagian operasi terhadap puak Kurdish.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Oktober 2019 @ 11:13 PM