KEADAAN mayat pencuri yang terkena bom sendiri ketika cubaan merompak mesin ATM di Cherepovets.
Agensi

MOSCOW: Seorang lelaki maut terkena letupan bom sendiri dalam cubaan merompak wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Cherepovets, Russia.

Menerusi satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lelaki berusia 37 tahun itu kelihatan memakai jaket ketika cuba melakukan rompakan di Sberbank.

Daily Mail melaporkan, kamera terus terpadam sebaik saja letupan berlaku tidak lama selepas itu.

Polis yang mengesahkan kejadian terbabit berkata, lelaki tidak dikenali itu maut serta merta di tempat kejadian dan penyiasat masih mencari rakan penjenayah yang melarikan diri.

Bagaimanapun, tidak ada wang yang dilaporkan hilang dari mesin ATM berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Oktober 2019 @ 10:29 PM