GAMBAR HIASAN
Reuters

DUBAI: Dua penerbangan terpaksa dilencongkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai hari ini, selepas pihak berkuasa berjaya mengesan aktiviti dron di kawasan berkenaan.

“Ketibaan pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) mengalami gangguan sebentar pada jam 12.36 tengah hari hingga 12.51 tengah hari (waktu tempatan) dipercayai akibat aktiviti dron.

“Ia menyebabkan dua penerbangan terpaksa dilencongkan,” kata jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 September 2019 @ 11:54 PM