KERETA SUV di dalam pusat beli-belah. FOTO/AGENSI
Agensi

CHICAGO: Seorang lelaki yang disangka ingin melakukan serangan tembakan ditahan polis selepas merempuh masuk sebuah pusat beli-belah dengan kereta utiliti sukan (SUV) dan memandu dalam bangunan itu di Chicago, Amerika Syarikat.

Daily Mail melaporkan, kejadian dilaporkan berlaku di pusat beli-belah Woodfield di Schaumburg pada tengah hari semalam.

Satu rakaman video menunjukkan suspek cuba memecut kenderaannya dalam bangunan itu menyebabkan pengunjung bertempiaran lari.

Dia kemudiannya terbabas melanggar tiang sebelum digari polis untuk siasatan.

Sehingga kini, polis masih belum mengesahkan sama ada pemandu terbabit berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah serta mencederakan orang ramai.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 September 2019 @ 12:47 PM