PENGIKUT Syiah di Karbala. FOTO/AGENSI
AFP

KARBALA (IRAQ): Seramai 12 orang awam maut selepas bas yang dinaiki mereka diserang bom dalam kejadian di utara bandar suci pengikut Syiah di Karbala.

AFP yang memetik pihak berkuasa berkata, mereka yang maut termasuk mangsa wanita dan kanak-kanak.

“Seramai 12 orang maut dan lima cedera selepas bas diletupkan di pintu masuk di bahagian utara ke Karbala,” kata pihak berkuasa kesihatan.

Pada 10 September lalu, lebih 30 orang maut manakala berpuluh lagi cedera dalam rempuhan di makam utama di Karbala ketika upacara puak Syiah sempena Hari Asyura.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 September 2019 @ 10:34 AM