GAMBAR HIASAN
AFP

LAGOS: Polis Nigeria menahan seorang lelaki yang disyaki pembunuh bersiri selepas menyiasat kematian sekurang-kurangnya lapan wanita yang diumpan ke hotel sebelum dibunuh di selatan bandar Port Harcourt, Nigeria.

AFP melaporkan, lima yang dilaporkan bulan lalu mencetuskan kemarahan di negara terbabit, disusuli dengan bantahan aktivis wanita di seluruh bandar yang bimbang dengan peningkatan kes bunuh membabitkan pekerja seks.

Polis menerusi akaun Twitter mengesahkan pihaknya sebelum ini sudah menahan seorang suspek manakala suspek terbaru itu ditahan pagi semalam.

Katanya, pembunuhan itu disyaki mempunyai kaitan dengan unsur ritual.

“Selepas pembunuhan dilakukan, sehelai kain putih digulung pada leher atau pinggang mangsa. Jadi, kami melihat terdapat unsur ritual dalam kes itu,” kata Komisioner Polis Rivers, Mustapha Dandaura.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 September 2019 @ 10:33 AM