EMPAT maut selepas bot yang membawa berpuluh orang pelancong terbalik ketika dilanda ribut di Seneral. FOTO AFP

DAKAR: Empat maut selepas bot yang membawa berpuluh orang pelancong terbalik ketika dilanda ribut di Seneral, kata pihak berkuasa semalam.

AFP melaporkan, angka kematian mungkin meningkat berikutan tiga penumpang dilaporkan masih hilang selepas kemalangan yang berlaku kelmarin.

Ketua Jabatan Bomba, Papa Angel Michel Diatta berkata, bot terbabit membawa beberapa warga Senegal, enam warga Perancis, dua warga Jerman, dua warga Sweden dan seorang dari Guinea-Bissau.

Bot itu dikatakan dibawa menuju ke kepulauan Madeleine iaitu berhampiran taman negara yang menjadi tumpuan pelancong.

Sehingga kini pihak berkuasa mengesahkan semua yang maut membabitkan warga Senegal termasuk dua yang pernah bekerja di taman negara terbabit. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 September 2019 @ 11:33 AM