MANSHAUS memberi isyarat gerakan Nazi ketika sesi perbicaraan pada 9 September lalu. FOTO Agensi
AFP

OSLO: Lelaki Norway yang didakwa membunuh adik tirinya sebelum melepaskan tembakan dalam sebuah masjid berhampiran Oslo pada Ogos lalu mempunyai motif perkauman, kata polis, hari ini, mengesahkan lelaki itu menembak mangsa kerana mangsa berketurunan China.

Philip Manshaus, 22, ditahan selepas melepaskan tembakan dalam Masjid Al-Noor di pinggir bandar Oslo pada 10 Ogos lalu sebelum dia berjaya ditangkap oleh seorang lelaki berusia 65 tahun.

Ketika kejadian, tiga jemaah berada di dalam masjid dan tiada yang mengalami kecederaan serius.

Mayat adik tirinya yang berusia 17 tahun dijumpai di rumah mereka.

Mangsa, Johanne Zhangjia Ihle-Hansen yang diambil sebagai anak angkat oleh teman wanita bapanya, dibunuh dengan empat peluru, kata polis dalam satu kenyataan.

Keterangan Manshaus dan bukti teknikal, termasuk tidak melawan ketika kejadian, menyokong versi bahawa mangsa dibunuh disebabkan perkauman dan berasal dari Asia,” kata pegawai polis Pal-Fredrik Hjort Kraby kepada TV2.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 September 2019 @ 10:38 PM