JOLIE (kanan) antara yang didakwa Iran kerana mengintip. FOTO/AGENSI
AFP

TEHRAN: Iran sudah mendakwa tiga warga Australia yang ditahan kerana mengintip, kata jurucakap kehakiman, hari ini.

Mereka yang ditahan adalah penulis blog kembara, Jolie King dan Mark Firkin serta pensyarah Universiti Melbourne, Kylie Moore-Gilbert.

Dua daripada mereka dituduh menggunakan dron untuk mengambil gambar tapak tentera dan kawasan larangan.

Manakala seorang lagi dituduh mengintip untuk negara lain, kata jurucakap Gholamhossein Esmaili kepada wartawan.

Kenyataan itu adalah pengesahan rasmi pertama selepas keluarga tiga individu berkenaan mendedahkan mereka ditahan di Iran pada minggu lalu.

Esmaili berkata, tiga individu itu berdepan tuduhan jenayah dan bakal dibicarakan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 September 2019 @ 8:21 PM