TUJUH maut manakala tiga lagi cedera selepas pesawat kecil yang dinaiki terhempas di barat daya Colombia. FOTO EPA
AFP

BOGOTA: Sekurang-kurangnya tujuh maut manakala tiga lagi cedera selepas pesawat kecil yang dinaiki terhempas di barat daya Colombia semalam.

Menurut AFP, pesawat terbabit dilaporkan terhempas kira-kira jam 2.11 petang ketika melakukan penerbangan dari Popayan ke Lopez de Micay.

“Sembilan orang menaiki pesawat itu. Tujuh daripadanya maut manakala dua lagi cedera parah,” kata komander bomba, Juan Carlos Ganan.

Ganan berkata, mangsa ketiga yang cedera membabitkan seorang kanak-kanak yang berada di lokasi kejadian ketika pesawat terhempas.

Sehingga kini punca kemalangan itu masih belum dikenal pasti dan siasatan masih dilakukan, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 September 2019 @ 10:20 AM