FILE PHOTO: Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu delivers a speech to supporters at party headquarters in Tel Aviv, Israel March 18, 2015. REUTERS/Nir Elias/File Photo
AFP

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu meluluskan penempatan haram Yahudi yang baru di Tebing Barat, kata pejabatnya hari ini.

Pengumuman itu dibuat dua hari sebelum pilihan raya umum yang menjadi ujian getir Netanyahu.

“Kabinet bersetuju untuk menukar penempatan haram Mevoot Yericho di Lembah Jordan sebagai satu penempatan rasmi,” kata kenyataan itu.

Semua penempatan Yahudi adalah tidak sah mengikut undang-undang antarabangsa tetapi Israel hanya membezakan sesuatu penempatan itu diluluskan atau tidak diluluskan olehnya.

Netanyahu pada minggu lalu berikrar untuk merampas semua Lembah Jordan iaitu hampir satu pertiga keluasan Tebing Barat yang dijajahnya dari Palestin, sekiranya dia menang pilihan raya umum Selasa ini.

Pemimpin Yahudi itu berkata, dia berhasrat untuk meluaskan penempatan haram dan merampas lebih banyak tanah di Tebing Barat.

Rancangan untuk merampas lebih banyak wilayah di Tebing Barat itu dilihat memusnahkan harapan damai dua negara sebagai penyelesaian konflik Israel-Palestin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 September 2019 @ 8:45 PM