DUA loji Aramco diserang pemberontak Huthi. FOTO/AFP
AFP

RIYADH: Arab Saudi menggantung sementara pengeluaran minyak menerusi dua loji Aramco selepas ia diserang pemberontak Houthi hingga menjejaskan hampir separuh pengeluaran, kata menteri tenaga semalam.

AFP yang memetik kenyataan Putera Abdulaziz Salman yang disiarkan agensi berita Saudi berkata, serangan itu menyebabkan penggantungan sementara dilakukan di loji Abqaiq dan Khurais.

Serangan dron di dua loji utama Aramco di timur Arab Saudi itu adalah kejadian terbaru dalam siri serangan yang dilakukan sejak beberapa bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Aramco, Amin Nasser berkata, kerja pemulihan sedang dilakukan dan perkembangan terbaru akan dimaklumkan dalam tempoh dua hari lagi.

Namun katanya, tiada kecederaan yang dilaporkan susulan kejadian itu.

“Serangan ini menyebabkan penggantungan pengeluaran sebanyak 5.7 tong minyak mentah sehari,” kata syarikat itu dalam kenyataan berasingan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 September 2019 @ 10:14 AM