BOT yang dinaiki wanita warga emas terbabit. FOTO/AGENSI
Agensi

QUEENSLAND: Wanita warga emas yang sedang membuang air tergamam melihat seorang wanita lain berada di atas ribanya selepas terjatuh dari siling ketika mereka menaiki bot di Brisbane, Australia.

Daily Mail melaporkan, kedua-dua penumpang terbabit menaiki bot Kookaburra Queen II kira-kira jam 2 petang sebelum ditimpa kejadian malang terbabit.

Ia membawa penumpang menyusuri sepanjang Sungai Brisbane sebelum bertembung dengan objek asing berhampiran Dermaga Howard Smith.

“Wanita terbabit berada di bahagian atas dan dia secara tiba-tiba jatuh melalui siling dan berada di atas riba penumpang lain berusia 70 tahun yang kebetulan menggunakan tandas.

“Mereka bernasib baik tidak terkena kejutan elektrik kerana ia amat hampir dengan sistem pendawaian elektrik,” kata jurucakap polis, Adam Muir.

Anggota paramedik dan polis dikejarkan ke kawasan itu untuk memeriksa empat daripada 60 penumpang yang cedera.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 September 2019 @ 1:52 AM