PENDUDUK di Bayanan boleh mendapatkan sekilo beras dengan menukar dua kilogram sisa plastik untuk dilupus atau dikitar semula. FOTO: Reuters
Reuters

MANILA: Sebuah perkampungan di Filipina menawarkan beras kepada penduduk untuk digantikan dengan sampah sebagai usaha menangani masalah sisa plastik.

Penduduk di Bayanan boleh mendapatkan sekilo beras dengan menukar dua kilogram sisa plastik untuk dilupus atau dikitar semula.

Kajian menunjukkan, negara di Asia Tenggara itu antara penyumbang tertinggi pencemaran sisa plastik marin.

Menurut ketua kampung, Andor San Pedro, penduduk Bayanan berjaya mengumpulkan lebih 213 kilogram bungkusan, botol dan beg plastik pada Ogos lalu.

Satu kilogram beras berharga kira-kira 30 ke 40 peso (RM3.20). Meskipun ekonomi negara itu berkembang pesat tetapi dengan jumlah yang mahal sebegitu menyebabkan kadar kemiskinan bandar dan luar bandar tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 September 2019 @ 7:22 PM