SEORANG lelaki menarik nenek hingga jatuh tersembam.
Agensi

LONDON: Amat kejam apabila seorang lelaki menarik nenek berusia 79 tahun

hingga jatuh tersembam dan patah tangan sebelum melarikan beg tangannya di Kettering, Northamptonshire, Ahad lalu.

Daily Mail melaporkan, kejadian dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan mangsa dihampiri dan diserang peragut terbabit ketika berjalan kaki bersendirian di kawasan perumahan kira-kira jam 3.20 petang.

Tanpa mengendahkan mangsa yang terjatuh, lelaki terbabit terus menarik begnya sebelum melarikan diri.

Polis sudah mengedarkan rakaman kejadian itu dalam usaha untuk mengesan suspek.

“Ramai yang terkejut melihat rakaman CCTV itu kerana wanita ini sepatutnya berasa selamat namun apa yang berlaku adalah di sebaliknya. Lelaki ini harus dikenal pasti dan dibawa ke muka pengadilan,” kata Detektif Paul Bates.

Sehingga kini, polis menahan dua lelaki berusia 31 tahun yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 September 2019 @ 6:07 PM