Ma menjual dua anaknya itu kerana ibu bapanya marah dia hamil pada usia muda. FOTO Agensi
Agensi

BEIJING: Seorang wanita tergamak menjual anak kembar lelaki yang baru dilahirkannya semata-mata untuk membayar hutang dan membeli telefon pintar.

Akhbar Ningbo Evening News melaporkan, wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu dilaporkan ditangkap polis baru-baru ini kerana menjual anak kembarnya pada September tahun lalu.

Wanita itu yang dikenali sebagai Ma berkata, dia menjual dua anaknya itu kerana ibu bapanya marah dia hamil pada usia muda dan teman lelakinya pula menghilangkan diri ekoran enggan bertanggung jawab.

Polis berkata, Ma menjual anak kembarkan itu kepada dua pasangan berbeza di Fuyang dan Suzhou di wilayah Anhui pada harga 65,000 yuan (RM38,128).

Apabila mendengar berita mengenai penjualan itu, teman lelaki Ma tiba-tiba muncul dan meminta sebahagian wang berkenaan.

Ma menggunakan duit itu untuk membayar hutang dan bakinya untuk membeli telefon pintar yang baru.

Teman lelaki Ma pula menggunakan wang itu untuk membayar hutang judi sebelum dia menghabiskan baki duit berkenaan untuk berjudi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 September 2019 @ 11:11 AM