BANJIR teruk di Niamey. FOTO/AGENSI
AFP

NIAMEY: Banjir teruk di Niger meragut 57 nyawa dan menjejaskan seramai 132,528 penduduk sejak Jun lalu, kata pihak berkuasa tempatan.

Dalam kenyataannya hari ini, pihak berkuasa berkata lebih 12,000 kediaman musnah dan kira-kira 850 ternakan terbunuh.

Bencana itu turut membanjiri lebih 2,000 hektar tanaman penduduk.

Wilayah Maradi dan Zinder dilanda banjir paling teruk pada tahun ini dengan lebih 65,000 penduduk terjejas.

Tahun lalu, seramai 56 orang maut akibat banjir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 September 2019 @ 8:37 PM