GAMBAR hiasan.
AFP

STOCKHOLM: Seorang kanak-kanak lelaki menyebabkan keadaan panik dan huru-hara di sebuah pra sekolah di Sweden apabila dia membawa bom tangan yang ditemuinya di lapangan sasar tentera untuk ditunjukkan kepada rakannya, kata pegawai tempatan, hari ini.

Kanak-kanak itu tiba di sekolah di selatan Kristianstad dengan bom tangan di tangannya semalam. Seorang guru yang melihat bom itu segera menghubungi polis.

Pegawai polis berkata, bom yang dikutip kanak-kanak itu di lapang sasar Rinkaby di luar Kristianstad dikategorikan sebagai bom berbahaya.

Mereka menyekat kawasan itu dan skuad bom nasional meneutralkan bom itu di tempat kejadian beberapa jam kemudian.

“Kami tidak tahu betapa besarnya kerosakan sekiranya letupan berlaku,” kata jurucakap polis.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 September 2019 @ 7:51 PM