15 sasaran diserang termasuk kilang senjata, pangkalan laut dan terowong yang dibina Hamas. FOTO REUTERS
Reuters

GAZA: Pesawat Israel mengebom beberapa sasaran di Gaza hari ini beberapa jam selepas pejuang Palestin melancarkan serangan roket ke negara itu.

Serangan roket itu mencetuskan siren keselamatan menyebabkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bergegas turun dari pentas ketika kempen pilihan raya.

Tentera Israel memberitahu, 15 sasaran diserang termasuk kilang senjata, pangkalan laut dan terowong yang dibina Hamas.

Bagaimanapun, tiada lagi laporan mengenai kematian atau kecederaan dalam serangan berkenaan.

Beberapa jam sebelum serangan, pengawal peribadi segera memberi perlindungan kepada Netanyahu apabila siren kecemasan berbunyi ketika kempen di bandar Ashdod, menjelang pilihan raya umum.

Beberapa minit kemudian Netanyahu kembali naik ke pentas untuk meneruskan ucapannya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 September 2019 @ 12:14 PM