POKOK tumbang akiTaufan Faxai yang melanda Tokyo. FOTO EPA
Reuters

TOKYO: Taufan Faxai yang dianggap antara paling kuat dalam tempoh beberapa tahun melanda Tokyo hari ini dengan membawa angin kencang, hujan lebat dan menyebabkan sungai hampir melimpah tebing.

Lebih 100 penerbangan dibatalkan dan beberapa laluan kereta api ditutup menyebabkan jutaan pengguna terjejas dengan pihak berkuasa memberi amaran kepada orang ramai supaya berada di rumah.

Faxai melanda pantai di bandar Chiba hanya di timur Tokyo sebelum subuh dengan membawa angin kencang sekuat 207 kilometer sejam, paling kuat yang pernah dicatatkan di kawasan itu.

NHK melaporkan, tiada lagi laporan kematian hanya beberapa penduduk mengalami kecederaan namun kira-kira 864,000 rumah terputus berkalan elektrik termasuk keseluruhan bandar Kamogawa.

“Saya tidak pernah melihat keadaan seperti ini, seluruh bandar terputus bekalan elektrik,” kata seorang pegawai perbandaran.

Kira-kira empat hingga lima taufan melanda Jepun setiap tahun tetapi jarang yang melanda terlalu hampir dengan Tokyo.

NHK melaporkan, Faxai yang dinamakan sempena wanita Laos, adalah taufan paling kuat melanda kawasan Tokyo dalam tempoh beberapa tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 September 2019 @ 10:09 AM