Donald Trump. FOTO EPA
AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan membatalkan pertemuan rahsia bersama pemimpin Taliban dan Presiden Afghanistan di Kem David esok, susulan pengeboman di Kabul, minggu lalu.

“Mereka sepatutnya datang ke Amerika Syarikat malam ini. Malangnya mereka mengaku terbabit dalam serangan di Kabul menyebabkan seorang tentera kita dan 11 individu lain terbunuh.

“Saya segera membatalkan pertemuan itu dan membatalkan rundingan kedamaian,” tulisnya di Twitter.

Kabul diselubungi peningkatan serangan ganas walaupun selepas Amerika Syarikat dan pemberontak mencapai kata sepakat yang menyaksikan pengunduran pasukan tentera negara itu dari Afghanistan, sebagai tukaran kepada jaminan keselamatan oleh Taliban. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 September 2019 @ 10:10 AM