LYNAS Corp menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Kalgoorlie. FOTO Arkib NSTP
Reuters

SYDNEY: Syarikat pengeluar nadir bumi Australia, Lynas Corp menandatangani satu perjanjian dengan bandar Kalgoorlie hari ini bagi meneroka potensinya sebagai tapak pemprosesan awal ketika ia cuba meredakan kebimbangan Malaysia berhubung sisa radioaktif.

Pengeluar nadir bumi terbesar di luar China itu menandatangani memorandum persefahaman (MoU) berkenaan dengan bandar perlombongan terbabit, sekali gus membantu membuka lebih banyak peluang pekerjaan di tapak pemprosesan berpotensi itu.

“Akses kepada infrastruktur dan tenaga kerja mahir menjadikannya destinasi pelaburan yang menarik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lynas, Amanda Lacaze.

Pelombong itu dikatakan sedang mencari loji yang berpotensi menghilangkan aktiviti radioaktif peringkat rendah daripada bahan yang dihantar ke Malaysia untuk dipisahkan menjadi unsur penting bagi produk berteknologi tinggi termasuk jet pejuang dan ladang turbin angin.

Keputusan itu segera dicapai selepas kerajaan Malaysia memberi Lynas tempoh empat tahun untuk membina loji pemecahan dan larut-lesap (cracking and leaching) sebagai syarat pembaharuan lesen loji pemprosesan negara itu.

Loji itu akan menjadi sebahagian daripada strategi pertumbuhan bernilai AS$500 juta (RM2 bilion) bertujuan meningkatkan pengeluaran menjelang 2025.

Keputusan untuk meneroka Kalgoorlie, timbul selepas menyenarai pendek satu lagi pilihan, Gunung Weld yang juga tapak lombongnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 September 2019 @ 12:48 PM