WANITA berusia 74 tahun itu menggunakan kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) selamat melahirkan bayi kembarnya di bandar Guntur.
Agensi

GUNTUR (INDIA): Seorang wanita berusia 74 tahun didakwa menjadi individu paling tua di dunia yang berjaya melahirkan anak, kata doktor di sebuah hospital di Andra Pradesh, India.

NDTV melaporkan, Mangayamma yang menggunakan kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) selamat melahirkan bayi kembarnya di bandar Guntur hari ini.

Wanita yang berasal dari Nelapartipadu itu tidak mempunyai anak selepas 54 tahun mendirikan rumah tangga dengan suami, Y Raja Rao sebelum membuat keputusan untuk menjalani IVF.

Times Now News yang memetik Dr Shanakkayala Umashankar berkata, laporan ujian yang dilakukan sebelum itu menunjukkan Mangayamma sihat untuk hamil.

“Ini adalah keajaiban perubatan. Dia tidak mempunyai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis malah sejarah perubatan keluarga juga amat baik. Selepas menjalani beberapa ujian, kami meneruskan IVF sebelum berjaya hamil,” katanya.


RASMIYA Awad.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 September 2019 @ 12:16 AM