HELIKOPTER firma Helitrans yang terhempas. FOTO/AGENSI
AFP

OSLO: Seramai empat orang maut, seorang hilang dan seorang lagi cedera selepas sebuah helikopter awam terhempas di utara Norway, kata perkhidmatan penyelamat, semalam.

Katanya, lima penumpang dan seorang juruterbang berada di dalam helikopter Airbus AS350 yang dikendalikan firma Helitrans yang berpusat di Alta.

Menurut kenyataan, helikopter berkenaan terhempas di barat daya Alta sekitar 1500 GMT. Tiada maklumat lanjut mengenai punca nahas atau identiti mangsa yang berada di atas kapal.

Akhbar Norway melaporkan, helikopter berkenaan menghantar penumpang ke festival muzik Hostprell yang ditawarkan penganjur.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 September 2019 @ 10:16 AM