PENUNJUK perasaan warga Papua di wilayah Deiyai.
Reuters

JAKARTA: Enam maut selepas pihak berkuasa Indonesia melepaskan tembakan terhadap penunjuk perasaan warga Papua yang cuba meluru masuk ke pejabat kerajaan tempatan di wilayah Deiyai hari ini.

“Tembakan masih berlaku ketika ini dan kita tidak pasti berapa ramai mangsa yang terbabit,” kata eksekutif pro-kebebasan Gerakan Pembebasan Bersatu Papua Barat, Markus Haluk kepada Reuters.

Jurucakap tentera Papua, Eko Daryanto berkata, beberapa anggota mereka turut ditembak menggunakan panah.

Ribuan warga Papua melakukan bantahan sejak minggu lalu hingga bertindak membakar bangunan kerajaan, penjara dan pasar.

Ia tercetus selepas kenyataan berbaur perkauman yang dilemparkan terhadap sekumpulan penuntut mereka dan disembur gas pemedih mata serta ditahan polis di Surabaya pada 17 Ogos lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Ogos 2019 @ 6:45 PM