BEBERAPA duta besar yang bercuti diarahkan untuk kembali bertugas bagi memberi respons diplomatik terhadap kebimbangan global mengenai kebakaran di hutan hujan Amazon. FOTO REUTERS
Reuters

BRASILIA: Kementerian Luar Negeri Brazil mengarahkan duta besar di Eropah dan beberapa negara G7 supaya tidak mengambil cuti selama dua minggu.

Dua sumber berkata, tindakan itu bertujuan memberi respons diplomatik terhadap kebimbangan global mengenai kebakaran di hutan hujan Amazon.

Pembekuan cuti terhadap duta besar di negara tertentu diarahkan oleh Menteri Luar Negeri, Ernesto Araujo selepas mesyuarat khas dengan Presiden Jair Bolsonaro pada Ahad lalu.

Kebakaran di Amazon menyebabkan Perancis dan Ireland mengugut akan menggugurkan perjanjian perdagangan 20 tahun EU-Mercosur.

Pentadbiran Presiden Perancis, Emmanuel Macron turut menuduh Bolsonaro menipu kerana memandang ringan terhadap kebimbangan perubahan iklim pada persidangan G20, Jun lalu.

Menurut sumber itu, beberapa duta besar yang bercuti diarahkan untuk kembali bertugas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Ogos 2019 @ 12:38 PM