SERPIHAN kapal terbang ringan yang bertembung dengan sebuah helikopter di pulau Mallorca, Sepanyol. FOTO AFP
Reuters

MADRID: Tujuh terbunuh termasuk dua kanak-kanak selepas sebuah helikopter bertembung dengan sebuah pesawat ringan di pulau Mallorca, Sepanyol hari ini, kata pihak berkuasa.

Lima penumpang helikopter berkenaan termasuk dua kanak-kanak dipercayai warga Jerman, kata pihak berkuasa Kepulauan Balearic di Twitter.

Dua dewasa yang menaiki pesawat kecil itu adalah warga Sepanyol.

Semua penumpang kedua-dua pesawat berkenaan terbunuh.

Punca nahas berkenaan masih belum diketahui dan perkhidmatan kecemasan mendapat laporan mengenai kemalangan itu pada jam 1.35 petang (waktu tempatan).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Ogos 2019 @ 12:19 AM