KEBAKARAN berlaku di pulau Samos. FOTO/AGENSI
AFP

ATHENS: Ratusan pelancong dipindahkan dari hotel dan pantai di pulau Samos, Yunani selepas berlakunya kebakaran hutan, semalam, kata pegawai.

Hampir 70 anggota bomba dan 13 jentera bertungkus-lumus memadamkan api yang marak di timur pulau itu, kata jabatan bomba.

Datuk Bandar berkata, kira-kira 1,000 orang sudah dipindahkan ke Pythagoreio dari beberapa buah hotel.

“Ia tidaklah terlalu besar, tetapi terletak berhampiran dengan hotel,” kata Datuk Bandar Samos, Christodoulos Sevastakis kepada SKAI TV.

Kapal pengawal pantai turut sama memindahkan puluhan pelancong yang berada di pantai Glykoriza dan Proteas, kata agensi kerajaan ANA.

Lebih 50 kebakaran berlaku di seluruh negara dalam tempoh 24 jam terakhir, turut marak kerana tiuapan angin kencang, kata jabatan bomba.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Ogos 2019 @ 12:24 PM