PESAWAT Cessna 182 terhempas di kawasan Amazon. FOTO/AGENSI
AFP

QUITO (ECUADOR): Seramai empat orang maut selepas sebuah pesawat Cessna 182 yang dinaiki terhempas di kawasan Amazon, kata pihak berkuasa semalam.

Pihak berkuasa penerbangan awam berkata, pesawat itu membawa seorang juruterbang dan tiga penumpang ketika kejadian.

Punca nahas masih belum diketahui namun siasatan sudah dilancarkan.

Pesawat itu terhempas Jumaat lalu di sempadan Morona Santiago dan Zamora Chinchipe di tenggara Ecuador.

Pegawai tentera dan pasukan penyelamat menemui kesemua mayat semalam selepas melancarkan operasi mencari selama beberapa jam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Ogos 2019 @ 10:51 AM